Sedih sungguh...kerana kuasa, kekayaan dan pangkat, rakyat seperti diperbodoh-bodohkan. Keinginan ke luar Negara semakin pudar. Manakan tidak, kini apabila ditanya anda datang dari mana...memberi jawapan 'Malaysia', bayangan yang ada di mata mereka adalah Negara yang penuh dengan korupsi dan jauh sekali dengan integriti. Kita, rakyat marhaen ini terpalit sama menerima tempiasnya!
Kalau dulu, disebut Malaysia...terbayang mereka akan Negara yang sangat indah, flora dan fauna serta pantai yang amat mereka idamkan tatkala cuaca sejuk dingin membungkam rasa. Pelbagai aneka juadah makanan daripada pelbagai etnik yang dijamah oleh semua lapisan masyarakat, menambahkan lagi keinginan mereka 'menjengah' Malaysia. Ditambah dengan budi bahasa rakyatnya...aah!...sekonyong-konyong itu, mereka terus membeli tiket penerbangan ke sini!
credit : tokeinfo.com

No comments:
Post a Comment