Friday, July 31, 2015

Kenali Perpustakaan Awam Di Malaysia : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) - Bhg.1

Bismillahirrahmanirrahim...semoga aku akan dapat menulis tentang kesemua perpustakaan awam negeri yang ada di Malaysia. Biarpun dalam ruang lingkup pengetahuanku yang terhad, sekurang-kurangnya dapat dikongsikan bersama.

Aku mulakan dengan negeriku sendiri - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor atau ringkasnya PPAS - www.ppas.gov.my .

Kenangan di masa kecil...mengayuh basikal menyeberangi jambatan Sungai Langat yang penuh dengan sejarah itu untuk ke perpustakaan awam daerah yang terletak di pinggir sungai, datang kembali. Seingat aku..dari umur darjah 3 rasanya. Depan perpustakaan itu terdapat taman awam...sungai di belakangnya pula dikatakan pernah dihuni sang buaya. Bangunan diperbuat daripada kayu...kami perlu naik beberapa anak tangga sebelum memasukinya. Ya..bangunan ini macam sekolah zaman dulu-dulu...sesiapa yang memakai kasut ala-ala terompah, kelentang-kelentung bunyi tapak kaki yang akan kedengaran nanti. Masuk sahaja ke dalam...bau aroma buku amat menusuk kalbu! Sangat tebal memori tentang 'habit' aku masa itu...pantang sahaja ada buku di rak yang jatuh, dengan segera aku susun tegak dan susun kembali kemas-kemas. Pelik kan...aah..kini aku dah tahu jawapannya! Kini bangunan itu tiada lagi..dah dipindahkan jauh nun dekat depan hospital daerah sana. Kayuhan basikalku semakin jauh...dan kayuhan itu berakhir selepas aku tamat tingkatan 6 dan dapat lesen memandu.

One of the most constant and sustaining truths of my life has been this : I love the library
~ Deb Caletti

PPAS - dulu bangunannya terletak berdekatan Kompleks PKNS. Masa ni aku sangat jarang ke sana sebab jauh sangat dari rumah. Bila belajar di Shah Alam, dapat juga sekali sekala ke sana.
Kini, lebih besar, cantik di tepi tasik dalam Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (KGSSAAS) di Seksyen 13, Shah Alam. Bukan sahaja keindahannya yang mempesonakan tetapi pengisian, pendekatan dan kepimpinannya juga memainkan peranan penting. Bangga yang teramat kerana sultan negeri ku inilah DYMM Sultan Selangor - Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merealisasikan pembangunannya dan diberitahu tuanku sering melawatnya tanpa protokol dan buku koleksi tuanku sendiri diletakkan di sini untuk dikongsikan bersama rakyat jelatanya!

Credit: PPAS Twitter


Apa Sudah Jadi Kepada Negaraku Yang Tercinta...? Bhg.1

I am back...after years of missing in action. Life is getting challenging not only with my personal life and work but more than that...the handling of our country in the hands of people whom we called our 'nation's leaders and statesmen.

Sedih sungguh...kerana kuasa, kekayaan dan pangkat, rakyat seperti diperbodoh-bodohkan. Keinginan ke luar Negara semakin pudar. Manakan tidak, kini apabila ditanya anda datang dari mana...memberi jawapan 'Malaysia', bayangan yang ada di mata mereka adalah Negara yang penuh dengan korupsi dan jauh sekali dengan integriti. Kita, rakyat marhaen ini terpalit sama menerima tempiasnya!

Kalau dulu, disebut Malaysia...terbayang mereka akan Negara yang sangat indah, flora dan fauna serta pantai yang amat mereka idamkan tatkala cuaca sejuk dingin membungkam rasa. Pelbagai aneka juadah makanan daripada pelbagai etnik yang dijamah oleh semua lapisan masyarakat, menambahkan lagi keinginan mereka 'menjengah' Malaysia. Ditambah dengan budi bahasa rakyatnya...aah!...sekonyong-konyong itu, mereka terus membeli tiket penerbangan ke sini!

credit : tokeinfo.com